Ramai yang ingin buat duit online dengan menggunakan internet. Kajian saya dengan Google Keyword Tool mendapati bahawa terdapat hampir 2,000 carian ‘buat duit online’ yang dibuat pada enjin carian Google. Namun, hasil kajian saya juga mendapati bahawa ramai yang merasakan buat duit online adalah suatu perkara yang susah. Kenapa begitu?

Google Adwords Tool

Kurang Pengetahuan Cara Buat Duit Online

Baru-baru ini saya terlah menulis tentang Bagaimana Buat Duit Online Dengan Blog dan pada siri artikel tersebut saya telah menyatakan bahawa ianya mudah.

Mengapa saya berkata demikian? Ini kerana peluang buat duit online terbuka kepada semua yang ada komputer dan kemudahan internet. Sesiapa sahaja (termasuk mereka yang masih di bangku sekolah) boleh melakukannya. Tetapi, beza antara mereka yang berjaya dan mereka yang kandas di tengah jalan ialah usaha menimba ilmu.

Lihat saja pada carian Google yang mencecah 2,000 sebulan. Ini membuktikan ramai yang ingin buat duit online. Ilmu untuk buat duit online semua ada di hujung jari sahaja. Klik butang tetikus dan taip apa yang anda inginkan.

Tidak tahu Bahasa Inggeris? Cuba Google Translate. Ini kerana kebanyakan ilmu ini sukar diperoleh dalam Bahasa Malaysia.

Usaha Buat Duit Online Yang Tidak Konsisten

Usaha yang konsisten penting dalam apa juga yang kita lakukan. Saya sendiri akui yang usaha saya sendiri tidak begitu konsisten. Ini kerana banyak perkara baru tentang buat duit online yang sering saya perolehi setiap hari di forum-forum buat duit online, sama ada dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.

Hampir setiap minggu saya lakukan ekperimen. Saya membaca setiap blog yang saya jumpai dan cuba melakukan seperti yang disarankan. Setiap hari saya catatkan apa perkara yang saya pelajari dalam buku nota yang besar. Saya cuba untuk konsistenkan usaha sambil membuat eksperimen. Apa yang mendatangkan hasil, saya lakukan. Sekarang ini saya cuba menggunakan laman web sosial seperti facebook dan twitter untuk pendapatan.

Buat Duit Online Perlu Motivasi

Pada artikel Bagaimana Buat Duit Online Dengan Blog – Penutup, saya telah menyatakan bahawa Minat tidak perlulah mendalam sangat tetapi perlu ada motivasi yang baik dari dalam. Fikirkan bahawa internet ini merupakan medium ilmu untuk semua, dan sesiapa yang mempunyai motivasi untuk berjaya akan pasti berjaya.

{ 2 comments }

Dalam siri artikel Bagaimana Buat Duit Online Dengan Blog ini, saya telah menghuraikan tentang bagaimana seseorang itu boleh buat duit online dengan menggunakan komputer, internet dan sebuah blog. Saya telah menerangkan tentang apa persediaan yang perlu, perancangan serta topik yang hendak ditulis dan dari mana sumber duit online blog anda.

Realitinya, begitu banyak blog yang wujud setiap hari, dan banyak jugalah blog-blog yang mahu buat duit online. Ada yang menyatakan buat duit online dengan blog ini susah. Benarkah begitu? Bagi saya, ianya agak mudah dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja jika kriteria-kriteria berikut dipenuhi.

Usaha Berterusan

Nampak saja kata usaha, ramai yang akan menyamakannya dengan susah — satu bentuk mentaliti yang menyekat langkah untuk anda buat duit online. Saya percaya usaha yang berterusan itu tidak susah, cuma perlu konsisten. Ambil masa sejam atau dua jam sehari untuk menulis pada blog anda. Sambil melayari facebook dan membaca blog lain, anda boleh menulis artikel untuk blog anda.

Seperti yang saya nyatakan pada artikel Penulisan Artikel, hasil penulisan anda tidak perlu panjang. Hanya 400 – 500 patah perkataan pada perenggan yang pendek sudah memadai. Ambil masa enam hingga lapan bulan untuk konsisten dalam penulisan. Jika anda boleh bertahan sepanjang itu, tidak mustahil anda akan berjaya buat duit online dengan blog anda. Susah? Tidak. Jika anda lakukannya dengan beterusan, sudah pasti boleh.

Minat

Dalam apa juga yang kita lakukan, tanpa minat ia hanya akan menjadi paksaan kepada diri sendiri. Jika anda tidak berminat untuk buat duit online dengan blog, tidak perlulah anda membuang masa untuk mewujudkannya. Minat menulis blog juga perlu ada, kerana tanpa isi yang baik, blog anda tidak akan menambat hati pengunjung.

Minat buat duit online dengan blog ini tidak perlulah mendalam sangat. Cukup jika kita mampu menulis dan menimba pengetahuan dengan teknik dan cara buat duit online dengan blog atau dari sumber lain.

Perancangan Masa Depan

Strategi dan perancangan seterusnya mesti ada pada blog buat duit online anda. Mungkin anda bermula dengan menayangkan iklan. Mungkin selepas itu anda boleh berjinak-jinak dengan program pemasaran affiliate pula. Terokai bidand-bidang baru yang boleh anda masuki untuk menambah pendapatan online anda.

Seperti yang telah saya nyatakan tadi, blog anda perlu diteruskan selama enam hingga lapan bulan agar hasilnya dapat dilihat. Jika anda telah memberikan usaha yang konsisten dan beterusan untuk blog buat duit online anda, saya percaya anda akan dapat buat duit online dengan blog anda. Selamat berblog dan buat duit online!

{ 3 comments }